Hilang

Kali ini aku betul-betul tidak ingin bangkit lagi. Tidak terdaya sama sekali aku ingin berdepan dengan muka realiti yang tiada hentinya mencabar demi mencabar.

Ya, memang aku seorang lemah, pesimis. Memang aku seorang yang bergantung kebahagiaannya atas orang lain, hanya untuk merasai kekecewaan. Memang aku seorang yang naif dan tidak cukup realistik hanya nanti terperangkap dalam idealisme sendiri yang tidak mungkin dapat direalisasikan.

Memang, aku ini seorang yang lemah.

Kini aku lemah bukan sekadar luaran, tapi segala semangat bara aku betul-betul sudah terpadam. Dan terus menjadi abu. Sekadar itu sahaja; aku bukan phoenix yang mampu menolak segala kemungkinan dan bangkit lalu terbang tinggi di langit angkasa. Tidak, abu sahaja yang tinggal tidak lebih dari itu.

Entah bagaimana aku akan terus berdepan dengan hidupku lagi yang hilang makna sama sekali...kecuali untuk familiku yang sanggup menerimaku seadanya dan mencurah kasih sayang padaku tanpa mengharapkan sebarang balasan selain daripada melihat diriku bahagia. Untuk kawan-kawanku, terima kasih banyak banyak atas segala pertolongan dan sokongan padumu.

Dan kerana ini, aku sanggup berjuang lagi dan mampu berdepan dengan muka realiti tetapi aku masih tidak terdaya untuk bangkit, hanya cukup untukku bertahan di tahap aku sekarang.

Tetapi aku tidak dapat balik begitu sahaja; sama sekali dengan menolak realiti dan terus bersembunyi di sebalik lindungan ibu bapaku yang ingin melihatku berdiri dan berdepan dengan hidupku. Tetapi aku betul betul rasa penat lelah, tiada kekuatan yang tinggal dalam diriku.

Makinku tulis, makan banyak yang perlu dibaca...kesimpulannya, aku benar benar terasa hilang arah tuju aku. Usah baca yang lain aku tulis tu.

0 comments: