pelan romantik yang takkan jadi kenyataan tahun ini

Banyak kali aku berangan dan meluahkan perasaan aku kepada kawan kawan di sisiku tentang bagaimana kami akan menghabiskan masa kami apabila berjumpa:

1. Menyambut kepulangannya ke tanah air di lapangan terbang KLIA
2.Beli sari dgn dia di sekitar Masjid India.
3.Bawa dia siar siar melihat sikitar universiti sambil memberi gambaran hidupku di uni.
4. Menikmati nasi ayam semenyih dan ais kacang broga bersamanya
5. Mendaki bukit broga pada awal subuh dan melihat kecantikan permandangan dari atas bukit
6. Mendengar muzik okestra Malaysia Philharmonic Orchestra di KLCC dengannya
7. Melihat ikan-ikan di Aquaria KLCC
8. Bersiar-siar di sekitar KL.
9. Menikmati jamuan nasi pisang bersamanya.

Sepanjang tahun aku berusaha menghafal jalan di sekitar bandaraya, walaupun aku tidak memandu di KL semata-mata untuk tahu jalan untuk sampai ke destinasi yang dirancang untuk kami pergi bersama apabila kami keluar bersama.

Berkali-kali aku merancang dengan kawan-kawanku supaya mendaki Bukit Broga secara berkumpulan bersama kami berdua.

Setiap kali aku melalui kawasan yang inginku meluangkan masa bersamanya, aku memberitahu diriku supaya tabah kerana dia akan cepat pulang.

Bertapa bodohnya aku mengharapkan sedemikian kerana semua ini tak akan menjadi kenyataan. Lagilah sakit hatiku kerana tempat tempat ini aku kerap lalui dengan pengetahuan bahawa kali ini kami tidak akan berbuat yang sama.

Lebih pilu kerana hari demi hari hati aku melompat gembira kerana dia semakin dekat tarikh balik ke tanah air hanya untuk melepaskan harapan dan impian aku buat masa ini. Sampailah masa kita untuk berjumpa semula, entahlah betapa lama lagi.

Masa dan jarak tidak mengizinkan kami untuk bersama untuk masa yang mencukupi. Lagilah dia sibuk apabila pulang ke tanah air kerana akan sibuk meluangkan masa dengan famili sebagai anak, abang, cucu, dan saudara.

Betapa kecewanya aku hari ini apabila aku melawat India Fair di Midvalley dan mengetahui tahun ini kami tidak akan dapat berbuat yang serupa.

Telah lama aku cuba bersabar sehingga tidak dapat lagi menahan sakit ini yang amat dalam.

Mungkin suatu hari nanti aku akan melupakan kesakitan ini tetapi buat masa ini, hati aku luluh sama sekali. Mungkin ubat terbaik itu masa sendiri.

0 comments: